BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Salamun Alaika, ya Abdullah....

Salamun Alaika, ya Abdullah. Wahai hamba-hamba Allah, carilah hatimu di tiga tempat iaitu, ketika bersolat, membaca Al-Quran dan mengingati kematian. Sentiasalah kita bertasbih kepada Allah SWT, berselawat ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW.
Powered By Blogger

Tuesday, December 20, 2011

Siapakah Syaitan?

Assalamualaikum, kita sebagai manusia mempunyai musuh yang terlaknat iaitu syaitan, update-update saya yang seterusnya adalah mengenai syaitan supaya kita lebih mengenali mereka.

Syaitan adalah sejenis daripada jin dan lebih rendah tarafnya daripada jin dan afrait, sombong dan amat penderhaka, pengacau dan penghasut, musuh manusia yang paling dilaknat, dan telah dikutuk Allah juga terputus rahmat daripadaNya.

Kesombongan syaitan amat melampau, tidak mengakui kebenaran. Melakukan segala perkara yang membinasakan, tugasnya yang semata-mata adalah untuk mengganggu penduduk-penduduk dunia berupa anak Adam dan memesongkan mereka kepada kejahatan dan maksiat.

Hati bayi yang baru lahir pun dicucuk dengan harinya hingga terpekik menangis bayi itu oleh kerana perseteruannya yang sangat mendalam dengan manusia.

Pembiakkan syaitan sama seperti pembiakkan manusia. Setiap anak syaitan yang baru lahir akan ditiupkan semangat bencikan manusia. Mereka memasukkan semangat-semangat keji. Maka apabila seseorang manusia itu telah meninggal dunia, maka apabila dia dihidupkan kembali di akhirat kelak, maka syaitan itu tidak keseorang di neraka Jahanam. Dibawanyalah manusia yang menyimpang dari kebenaran itu.

Sekian terima kasih. Nantikan update terbaru saya kelak. Assalamualaikum.

Monday, December 12, 2011

Sampai mana seronok kita?



Manusia akan menemui titik akhir keseronokan dalam kehidupan, dan mula mencari kebahagiaan atau 'sakinah' sebenar dalam kehidupan apabila Sang Pencipta memberi cahaya hidayah-Nya dalam mencari hakikat kebenaran. Kebanyakan mereka yang berhijrah pasti merasai injakan perubahan yang mereka alami, dan mereka yang masih kekal dalam kebahagian dunia pasti merasa hairan tentang perasaan yang tidak mungkin dapat diungkapkan dengan bait perkataan.

Ibrah Dari Kisah Seorang Sahabat

Dari jauh aku lihat dari kejauhan. Lagaknya seperti aku pernah mengenalinya suatu masa dahulu, namun aku kurang pasti sama ada dia adalah insan yang ku kenali dahulu. Lalu tanpa sedikit rasa malu, aku mendekatinya dan menegurnya."Assalamualaikum". Lelaki berkenaan berpaling kepadaku lantas menyambut salamku."Wa'alaikumussalam". Aku kaget, benarlah dia adalah kenalan ketika di universiti dahulu. Subhanallah.Sungguh aku terkesima dengan kebesaran Allah Yaa Rabbul Izzati.

Masakan aku tidak terkejut, peribadinya sangat berubah, tutur katanya, akhlaknya. Benarlah bahawa ini tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Rozmi (bukan nama sebenar) merupakan antara kenalan ketika aku di Universiti dahulu, pada awal perkenalan dia sangat terkenal dengan sikap yang suka melawak, percakapannya yang sangat kasar, bertukar-tukar teman wanita dan baginya Islam itu hanya agama yang dianuti sejak lahir dan tidak lebih sekadar dari itu. Jangan ditanyalah tentang tuntutan agama, jauh sekali. Kalau dahulu bahasa gurauan kami "Kalau Rozmi solat, tanda nak kiamat lah" dan diiringi dengan gelak sorak rakan-rakan lain. Apabila masing-masing bergraduat, sejak itu kami terputus hubungan,dan hari ini Allah menemukan kami dalam situasi yang diluar jangkaan.

Kami meluangkan masa hampir sejam di kedai minum. Sungguh aku cukup kagum dengan dia. Antara kata-kata yang cukup terkesan adalah,"Manusia ini akan menemui satu titik, titik untuk mencari hakikat kebahagian sebenar". Sungguh aku antara insan yang sangat gembira, benarlah firman Allah:



Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.- Surah Al-Baqarah (Ayat 284)

Mungkin insan yang kita lihat kini, bergelumang dengan maksiat tetapi kita masih tidak tahu pengakhiran hidupnya. Tiada yang mustahil Allah memberi keampunan pada akhir hayatnya dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah.

Marah!

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.

Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut.

Tentang Marah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."

Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.

(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?

Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?

Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.

Diam

Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

Istia'zah

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)

Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

Duduk

Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

Wudhuk

Sabda Rasulullah S.A.W:

Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

Sumber : iluvislam.